5 Cara Terbaik Untuk Menurunkan Berat Badan

Saudara mungkin orang yang pernah mengalami simptom takut dengan berat badan sendiri. Iaitu simptom yang membuatkan kita mencari jalan penyelesaian untuk menurunkan berat badan.

Cara Menurunkan Berat Badan

Dengan dunia yang serba canggih, termasuk pengambilan makanan yang tidak terkawal telah menyebabkan kita memiliki tubuh badan yang tidak sihat.

Jika bukan sekarang untuk berubah, bila lagi?

Justeru itu, amalkan 5 cara terbaik untuk menurunkan berat badan. Kemudian lihat bagaimana ia dapat memberikan kesan yang positif. Bukan sahaja terhadap tubuh badan, malah untuk gaya fikir yang positif setiap hari.

#1 – Ambil Makanan Berkhasiat

Belajar untuk melupakan makanan yang banyak minyak dan kolestrol. Belajar untuk elakkan diri daripada singgah makan di kedai-kedai makanan segera seperti McDonalds, KFC dan sebagainya.

Tempat-tempat itu hanya mempercepatkan kematian kita. Kerana setiap isi yang dikunyah dan ditelan, mampu mengotori tubuh badan kita. Dengan mengelakkan perkara ini, berat badan dapat diturunkan, kesihatan juga turut memberikan kesan.

#2 – Elakkan Pengambilan Snek

Lupakan juga snek-snek yang mengiurkan. Pengambilan snek yang konsisten setiap hari akan merosakkan tubuh badan kita. Tukarkan menu snek seperti pengambilan minuman atau makanan yang lebih berkhasiat.

Contohnya, jus Monavie.

#3 – Jangan Lupa Breakfast

Biasakan diri untuk sarapan pagi atau breakfast.

Menurut kajian yang telah dilakukan, pengambilan sarapan pagi dapat membantu memberikan tenaga dalam tempoh masa lebih 8 jam. Dalam Islam sendiri, penganutnya digalakkan untuk bersahur jika mahu berpuasa.

Jadi, mulakan hari kita dengan sarapan pagi setiap hari.

#4 – Kawal Pemakanan

Ia adalah peringatan sekali lagi. Walau apa jua yang berlaku, sentiasa berusaha untuk menahan nafsu daripada mengambil makanan yang tidak sihat. Lakukan banyak pembacaan dan kajian terhadap keburukan pengambilan makanan-makanan segera dan sebagainya.

Ini bagi memupuk kesedaran terhadap diri kita, agar kita yakin dengan tidak mengambil makanan itu, kita akan berjaya menurunkan berat badan.

#5 – Bersenam

Buang sikap malas untuk bersenam jauh-jauh. Tanpa senaman, otot badan kita tidak diregangkan. Ia secara tidak langsung melambatkan tempoh penurunan berat badan, walaupun kita mengawal pemakanan setiap hari.

Ambil masa minimum 10 minit setiap hari untuk melakukan senaman ringan. Mulakan dengan berjogging di sekitar kawasan rumah. Apa yang penting, paksa tubuh badan kita mengeluarkan peluh setiap hari.

#Nota – Minum Jus Monavie

Jus Monavie mempunyai 19 khasiat buah-buahan yang dapat membantu kita untuk menurunkan berat badan dengan lebih efisien dan efektif. Bagi yang jarang mengambil buah-buahan dalam pemakanan harian, maka jus Monavie dapat menjadi alternatifnya.

Mulakan gaya hidup sihat hari ini. Sinergikan kelima-lima kaedah di atas dengan gabungan jus Monavie. Pasti ia akan memberikan kesan kesihatan yang positif dalam diri kita.

Related Articles:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Speak Your Mind

*

*
= 4 + 9